February 27, 2007

-Old Collection-

Tika kita berjanji denganNya
Hakikatnya hati sesuci, seputih sutera
Saat kita lahir ke dunia
Genggaman terlepas, tangis menggegar semua

Tika kita mula melangkah
Hati dicorak mengikut rasa
Tanpa jagaan dan kawalan yang sempurna
Hanyutlah kita

Ingat Allah! Kita teruskan perjalanan
Ikutkan Nafsu! Kita senang dihanyutkan
Berdebat dengan Akal! Kita kan disesatkan
Wahai insan, kembalilah ke pangkal jalan

Tika maghrib menjelang tiba
Yang insaf tida, masih ada
Walau ramai yang terkandas di tengah-tengah
Namun masih ada yang tiada sedar

Insaflah! Di mana janji kita wahai insan?
Tak diketahui jangka masa perjalanan
Tak diketahui apa cara kesudahan
Sedangkan nanti di akhir perjalanan
Kita semua akan bersama dikumpulkan

21 Jan 2003 (12 pm)/ 10 Feb 2003 (6 pm)

No comments:

Post a Comment