March 10, 2006

Port Zaman Kanak-kanak Riang

Baca entri-entri untuk tugasan 1 JURING II untuk ahli geng ganjil.
That made me remember this:

Teringat zaman 3 tahun terakhir sekolah rendah. Masa tu my mom still worked; 2 orang adik paling kecil dihantar ke nursery. Aku, Angah and Apit (yang join kami bila dah cukup besar) dah pandai jaga diri di rumah menjelang cuti sekolah panjang.

Bosan di rumah- tak tahu nak buat apa. Al-maklum la, tak de playstation or sega game kat rumah masa zaman tu. Tapi anak-anak melayu zaman aku masih lagi kreatif- dalam cara kami sendiri.

Kebetulan kanak-kanak ribena zaman tu around age aku jugak. Neighbour sebelah kami ni, bapaknya kerja di RTM. So kami bukak port kanak-kanak riang di living room rumah aku- tayangan free cerita-cerita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee and series cartoon Casper. Kami siap tutup langsir sliding door depan and tingkap pagi untuk menimbulkan suasana dalam 'wayang'.

Waktu tu la phrases like "Siapa kau?!" "Aku King!" "King apa?" "King Kong" amat popular among kami para pe'mimic' terkemuka.

Bila parents aku balik satu petang, depa terkejut tengok ramai budak-budak dalam rumah. Ada la dalam 20 orang kanak-kanak riang depan tv depa.

Season wayang habis. The next day, kami terpaksa moved the port outside the house- repercussion dari insiden the day before. Tapi takpe, budak-budak zaman aku masih lagi kreatif and innovatif. Porch rumah aku jadi port macam-macam outdoor aktiviti- especially end of year bila musim hujan bermula, semua berkumpul rumah aku.

Sebab rumah aku was the only rumah on that street at that time yang awning-nya penuh, menutupi the whole porch.

Season paling lama is season getah- every year mesti ada. Aku antara 'emak' yang paling popular. Eh, dah nama pemain expert- mesti la jadi leader kan?
Another most popular season is 'rounders'. Outdoor game ala-ala baseball. Takde kayu besball, cari kayu panjang ala-ala besball pun jadi. Aku pun tak tahu dari mana kayu tu datang sebenarnya. Portnya bukan di porch aku, tapi depan rumah aku.

One year, season rollerblade ambil alih season getah. Tiba-tiba semua budak around rumah aku ada rollerblade! Port kanak-kanak riang beralih ke rumah neighbour aku yang lain sebab porch rumah dia was on the higher ground- turun bukit la konon. Tapi tak ramai yang ber-port kat situ sebab only budak-budak 'advanced' yang pandai control speed and break je dibenarkan ke sana.

Kami mengamalkan safe outdoor activity.

Akibatnya, semua still lagi berkumpul di porch and jalan depan rumah aku! Lagipun 'bukit' depan rumah aku tak se-steep 'bukit' porch neighbour aku. Ke-steep-annye dalam 0.01% je.

Bila dah masuk sekolah menengah, port kanak-kanak riang tiba-tiba menghilang. Aku dah masuk satu alam di mana aku start 'malu' depan budak lelaki.
Sekarang ni, everytime aku bediri di porch rumahku or di jalan depan rumah ku, terbayang-bayang suasana meriah zaman kanak-kanak ribena kami.

Word count: 444 (yg warna biru aje). Oleh sebab aku bukan contestant JURING II, aku dibenarkan melanggar any peraturan yang JURING II ade...

No comments:

Post a Comment