August 13, 2005

"Setiap anak yang dilahirkan adalah suci..."

Sabda Rasulullah S.A.W :
"Setiap anak yang dilahirkan adalah suci iaitu dalam keadaan Islam (menyerah diri kepada Allah S.W.T). Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi."
Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.'? Adakah ianya zahir, bermaksud murtad ke agama lain? Atau adakah ianya sebenarnya bermaksud ibu bapalah yang bertanggungjawab membentuk anak-anak mereka mempunyai sifat atau berperangai seperti Yahudi atau Nasrani atau Majusi...

Bahkan, inilah realitinya yang berlaku sekarang:
Berperangai seperti Yahudi, yakni sungguh angkuh, degil dan sentiasa berpaling pada Tuhan: lihat sajalah, daripada 25 Rasul yang wajib kita ketahui, boleh dikatakan hampir semuanya berketurunan Bani Israil... Namun, berkali-kali mereka kembali menyembah selain Allah dan berbalik kepada kekufuran dan kesyirikan... Sewaktu Musa a.s. meninggalkan mereka dalam jagaan Harun a.s., dalam waktu yang singkat, mereka terpengaruh untuk menyembah patung lembu yang diperbuat dari emas. Betapa degilnya kaum ini! Degil dan angkuh untuk menerima jalan kebenaran!

Mempunyai sifat seperti Nasrani, yakni tidak memahami agama sendiri: lihat sahajalah, berapa banyak versi kitab mereka? Ada King James Version, ada New American Standard Bible, ada New King James Version, ada English Standard Version, Contemporary English Version, Derby Translation etc. Seolah-olah kitab suci itu adalah sebuah buku yang boleh di-'edit' seiring dengan pembangunan atau penemuan baru, seperti yang berlaku pada (contoh) Gray's Anatomy, di mana antara edisi yang terbaru ialah 38th Edition. Isi-isinya boleh pula diubah suai oleh manusia, seolah-olah ianya sebuah novel. Adakah mereka yang faham agama mereka akan mengubah agama mereka hanya semata-mata untuk memenuhi nafsu dan 'keperluan' mereka? Adakah mereka faham in the first place?

Berperangai seperti Majusi: di mana kaum ini dikenali dengan penyembahan matahari. Maksudnya tidak menyembah Allah, sebaliknya menyembah ciptaan Allah... Lihat sahaja sekeliling kita, manusia lebih mengagungkan manusia lain; Bangsa ini lebih superior dari bangsa lain; Manusia ini dipandang tinggi dan disanjung semua. Pujaan manusia adalah manusia itu sendiri... bermaksud manusia memuja manusia! Bukankah itu syirik?? American Idol, Australian Idol, Malasian Idol- mereka inilah CONTOH ikutan dunia! Na'uzubillahimin zalik!

Maka, hadith ini bukanlah menujukan kepada pembentukan zahir, malah pembentukan hati, kepercayaan dan perlakuan. Atau, apakah kita akan menyalahkan ibu bapa kita kerana tidak pernah mendidik kita dengan ilmu agama yang secukupnya? Itu hanyalah alasan... kita tidak boleh kembali ke masa lampau. Maka KITALAH yang harus sedar, dan mencari ilmu untuk memperbaiki diri kita.

Allah mengurniakan kita dengan akal. Menjadi suatu kewajipan bagi mereka yang sudah baligh untuk mencari ilmu menuju kepadaNya. Bahkan, ayat pertama yang diwahyukan kepada Muhammad s.a.w. ialah 'Iqra''- BACALAH! yang menekankan kepentingan ilmu itu sendiri. Jika kita tahu kita jahil, maka CARILAH guru dan MENUNTUTlah ilmu agama!
Adakah kita mahu dicampakkan ke dalam neraka dan menunding jari ke arah orang lain atas kejahilan kita? Sedangkan Allah telah mengurniakan kita akal?

Maka, apakah gunanya akal kita?

Wallahualam bissawab

P.s- Al-Fatihah buat Allahyarham Ahmad Deedat dan Allahyarhamah Zainab Al-Ghazali. 2 tokoh Islam yang amat disegani telah meninggalkan kita, kembali menemui Ilahi. Sekurang-kurangnya mereka boleh menjawab akan soalan-soalan yang berkaitan dengan dakwah dan penyebaran Islam... kita pula?

No comments:

Post a Comment