November 9, 2004

Tangisan

Hati ini menangis tatkala membaca berita ratusan lagi umat Islam dipijak dan dibunuh oleh kafir laknatullah! Timbul rasa marah, geram, dan benci melihatkan saudara-saudaraku dipijak, ditindas dan dibunuh... Adakah ini ujian buat umat Islam? Atau mungkin balasan yang hendak Allah tunjukkan akibat kita melalaikan suruhanNya dan tanggungjawab kita sebagai Khalifatullah di muka bumi? Apakah yang mampu kita lakukan? Dalam suasana di akhir Ramadhan, dan keseronokan umat Islam (contohnya Malaysia!) yang ghairah hendak meraikan Eid Mubarak, saudara kita berpuasa dalam debu peperangan, dan kita masih lagi boleh ketawa dalam gembira tatkala mereka berdepan dengan kematian?

"Dimana nilai kemanusiaan, sebagai hamba Tuhan? Hadirlah kedamaian, kami memerlukan" Lagu Kedamaian oleh Brothers.

Ayuh Bangun Semula oleh Alarm Me

Terpaksa merana
Jiwaku gelodak meronta
Derita insan teraniaya
Yang tak berdosa

Pilu melihat
Dirimu diruntun sengsara
Sayu kau hadapi
Ujian kehidupan

Suara itu semakin hilang
Ia tak lagi kedengaran
Cahaya harapan hanya khayalan
Di manakah keadilan

Ayuh bersama kita lenyapkan
Hapuskanlah segala penderitaan
Kembalikanlah kemanusiaan
Demi masa hadapan

Kita melangkah seiring bersama
Hentikan kezaliman di bumi tercinta
Janji teguh kan tersemat di jiwa
Yang benar pasti berjaya

Percaya tak akan
Tertutup mata hatiku
Jiwaku meronta
Kerna kebatilan yang nyata

Kubalut luka usah berduka
Menadah tangan pada Yang Kuasa
Gapai tanganku bersama yakin
Kita kan bangkit semula...

Fikirkanlah! Wallahualam bissawab

No comments:

Post a Comment